OFFICIAL WEBSITE KILANG BERAS MIHODA SDN.BHD. (158204-V)
  • Lokasi Kami Kedah, MY 06400

  • E-mail Kami info@mihoda.com.my

  • Hubungi Kami (+60)4 785 1309

  • javascript slider
jquery carousel slider by WOWSlider.com v8.8
  • Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd ditubuhkan pada 12hb Disember 1986. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera Islam yang beroperasi di Batu 19¼, Kampung Bukit, Jalan Naka, 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

    Pada asalnya kilang ini kecil dan beroperasi dengan nama Kilang Beras Kampung Bukit. Untuk menjadikan syarikat yang lebih berdaya maju dan dapat bersaing dengan kilang yang lain, pihak pengurusan telah pun berusaha mendapatkan tapak baru yang lebih luas supaya dapat membina kilang yang baru dan dapat mengisar dan menyimpan stok padi dan beras yang banyak. Pihak Pengurusan juga menukar nama baru kepada Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd.Pengeluaran dan kualiti beras yang bermutu daripada Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. mendapat kepercayaan BERNAS untuk dijadikan pusat belian padi melalui Skim Pusat Belian Bernas.

    Di awal perniagaan, Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. Telah menjalankan kerja-kerja pemasaran dan pembekalan beras di sekitar kawasan tertentu sahaja. Memandangkan permintaan perkhidmatan pasaran beras yang tinggi, pihak syarikat mengambil inisiatif untuk lebih menitik beratkan aspek pengeluaran beras seperti kualiti, penampilan dan jaminan produk keluaran bagi memastikan ianya sentiasa mendapat sambutan dan permintaan daripada pelanggan disamping melebarkan lagi pasaran perniagaan di seluruh kawasan.

    Bagi memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan dalam bidang pemasaran, pihak syarikat telah menubuhkan Jelang Jaya Sdn. Bhd. pada 2 Oktober 1991 yang beroperasi sebagai Pemborong Beras dan Kontraktor Kelas B. Kilang Beras MihodaSdn. Bhd. Memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jelang Jaya Sdn. Bhd. Bagi menguruskan serta menjalankan segala aktiviti berkaitan pemasaran produk yang dikeluarkan.Dengan tanggungjawab yang dipiku loleh Jelang Jaya Sdn. Bhd., perniagaan ini bertambah lancar dan semakin mengukuhkan lagi tapaknya.Rangkaian perniagaan syarikat ini yang mana semakin memonopoli pasaran perniagaan berkaitan beras di seluruh Negeri Kedah serta semakin berkembang di sekitar Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Pulau Pinang dan Perak.Dengan komitmen dan kerjasama antara kedua-dua syarikat, aktiviti perniagaan bertambah lancer serta semakin maju.

    Seiring dengan pencapaian syarikat ketika itu, pihak pengurusan mula mengorak langkah untuk terus melebarkan lagi empayar perniagaan dengan menubuhkan lagi anak syarikat bagi operasi pemasaran beras di kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Pada 23 Mei 2011, maka tertubuhlah syarikat Jelang Maju Trading beroperasi di Seremban yang mana kini dikenali dengan nama Jelang Jaya (NS) Sdn. Bhd. Dengan kekuatan dan nilai produk yang tinggi, produk keluaran syarikat semakin mendapat sambutan dan sokongan ramai walaupun terpaksa mengekang persaingan dengan syarikat-syarikat bernama besar yang lain untuk memasuki pasaran yang sedia ada. Dengan berbekalkan keazaman dan berkat usaha yang tinggi, syarikat ini dapat terus bersaing dan mengukuhkan tapaknya untuk pasaran produk keluaran syarikat di sana.

    Seiring dengan pencapaian syarikat ketika itu, pihak pengurusan mula mengorak langkah untuk terus melebarkan lagi empayar perniagaan dengan menubuhkan lagi anak syarikat bagi operasi pemasaran beras di kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Pada 23 Mei 2011, maka tertubuhlah syarikat Jelang Maju Trading beroperasi di Seremban yang mana kini dikenali dengan nama Jelang Jaya (NS) Sdn. Bhd. Dengan kekuatan dan nilai produk yang tinggi, produk keluaran syarikat semakin mendapat sambutan dan sokongan ramai walaupun terpaksa mengekang persaingan dengan syarikat-syarikat bernama besar yang lain untuk memasuki pasaran yang sedia ada. Dengan berbekalkan keazaman dan berkat usaha yang tinggi, syarikat ini dapat terus bersaing dan mengukuhkan tapaknya untuk pasaran produk keluaran syarikat di sana.

    Pada 28 Oktober 2015, pihak syarikat telah menubuhkan lagi sebuah syarikat dengan nama Mutiara Timur Rice Mill Sdn. Bhd. Syarikat ini beroperasi sebagai pusat belian dan pengilang padi. Ianya merupakan nadi kekuatan syarikat induk yang mana akan sentiasa bergerak bersama-sama dalam memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi dan dapat menampung keperluan pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia. Mutiara Timur Rice Mill Sdn. Bhd. akan meneruskan legasi perniagaan syarikat dalam industri padi beras di bahagian timur Semenanjung Malaysia bagi memperkukuhkan lagi empayar perniagaan ini.

    Pihak pengurusan baru Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. telah menukar imej ke arah korporat dan mendapat peluang untuk membekalkan beras kepada Jabatan Kerajaan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sejak dahulu sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada ERF Sdn Bhd dan Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) yang banyak membantu, membimbing dan memberi khidmat nasihat untuk memajukan lagi Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd.

    Pihak pengurusan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap tertinggi untuk terus maju dan menjadikan Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. setanding dengan lain-lain syarikat di Malaysia demi menyahut seruan kerajaan untuk mempertingkatkan Bumiputera dalam bidang perniagaan.

    Menjelang alaf baru ini, syarikat Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. menjanjikan satu lonjakan baru yang lebih berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Pihak syarikat komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah- langkah positif demi kejayaan yang berterusan

  • Misi Syarikat

    Mengeluarkan produk berkualiti melalui penggunaan teknologi moden.

    Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

    Sentiasa komited membentuk dan membina jenama syarikat serta menambah nilai untuk mencapai jangkaan pengguna.

    Terus komited untuk menjadi peneraju dalam industry makanan di Malaysia.

    Visi Syarikat

    Menjadi pengeluar produk pengeluaran kami sendiri yang termahsyur di seluruh Negara.

    Memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan dan pembekalan kepada pelanggan yang lebih berkualiti dan terjamin.

    Syarikat ini akan terus menjadi penyumbang kepada peningkatan ekonomi bumiputera di Malaysia.

    Objektif Syarikat

    Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami

    Membekal barang-barang yang berkualiti kepada pelanggan.

    Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam dunia perniagaan.

    Memimpin industri padi beras di Malaysia dengan lebih inovatif, berdaya maju dan berwawasan.

  • Maklumat Korporat

    Pengerusi Eksekutif DATO’ PADUKA HAJI MOHD ISMAIL BIN HAJI OTHMAN
    Pengarah Urusan NOOR AMAN BIN DATO’ HAJI MOHD ISMAIL
    Pengarah Pengurus Jualan NORDIN BIN DATO’ HAJI MOHD ISMAIL
    Pengurus Pentadbiran/Kewangan JAMALUDIN BIN AHMAD
    Alamat Pejabat

    Batu 19 ¼ Jalan Naka
    Kampung Bukit 06400
    Pokok Sena Kedah
    Tel : 04-7851309

    Bank

    Bank Islam Malaysia Berhad
    Pokok Sena
    Kedah Darul Aman
    Bank Malayan Banking Berhad
    Mergong, Alor Setar
    Kedah Darulaman

    Audit Syarikat

    Zuraidah & Partners
    No. 79A2, Kompleks Perniagaan Utama
    Lebuhraya Sultanah Bahiyah
    05350 Alor Setar
    Kedah Darul Aman

    Setiausaha Syarikat

    Rafida Rejab & Co.
    No. 79A-1, Kompleks Perniagaan Utama
    Lebuhraya Sultanah Bahiyah
    05350 Alor Setar
    Kedah Darul Aman

Tekun, Sabar, Amanah

Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd
Batu 19¼, Jalan Naka, Kampung Bukit,
Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-7851309H/P: 019-450 1180Fax: 04-785 1889
(158204-V)